Khamis, 30 Disember 2010

SEJARAH PENUBUHAN KAMPUNG BATU PUTEH

Kampung Batu Puteh telah dibuka pada tahun 1876 oleh sekumpulan peneroka datang dari Kendal, Jawa Tengah, Indonesia yang diketuai oleh Haji Senawi. Mereka membuka kebun untuk bercucuk tanam dengan tanaman makanan seperti ubi kayu, pisang, keladi dan sebagainya. Tujuan asal mereka datang ialah untuk mengembangkan ajaran Islam ke Tanah Melayu. Mereka mendirikan masjid dan rumah-rumah kediaman dan pada awalnya kampung ini dinamakan Kampung Haji sempena nama ketua kumpulan yang mula-mula meneroka tetapi setelah penduduk bertemu dengan longgokan batu berwarna putih berkilauan disatu kawasan mereka sepakat menamakan kampung ini dengan nama Kampung Batu Puteh.


Catatan Sejarah oleh mantan Ketua kampung
Allahyarham Haji Sulaiman Bin Onn











 Gambar-gambar di Tapak Warisan Sejarah Kampung Batu Puteh