Isnin, 29 November 2010

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA CEGAH DENGGI

Kampung Batu Puteh: Ahad 7 November 2010. satu program gotong-royong Perdana Cegah Denggi atau 'Ganyang Aedes' telah diadakan dikampung ini. Program ini dianjurkan bersama Klinik Kesihatan Bagan, Panel Penasihat dan JKKK diadakan serentak di Mukim 2,3 da 4. Lebih 150 orang penduduk kampung telah menyertai program ini. Bagi memudahkan penyelarasan program penduduk telah dibahagikan kepada dua bahagian, sebahagian berkumpul di Perkarangan Masjid Jamik Batu Puteh Laut dan Sebahagian berkumpul di Perkarangan Balai Raya. Program bermula jam 7.30 pagi dengan Ceramah Pencegahan Denggi oleh Pegawai Jabatan Kesihatan dan selepas menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh JKKK semua bergerak keseluruh kawasan kampung yang mungkin menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Program ini tertumpu kepada kawasan rumah dan tempat-tempat awam yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dikalangan masyarakat dengan menyemai sikap tanggung-jawab bagi memastikan kawasan rumah dan kampung sentiasa bersih dan bebas dari wabak penyakit Denggi.
Penduduk berkumpul di Perkarangan Masjid sebelum 
memulakan gotong-royong

 
Bergambar selepas gotong-royong dengan menunjukkan
tanda bagus di perkarangan Balai Raya

Penduduk Kampung Batu Puteh datang beramai-ramai
jam 7.30 pagi

Tidak ketinggalan kaum wanita turut sama dalam program ini

Ceramah pencegahan Denggi oleh Pegawai Kesihatan 

Tempat-tempat pembiakan nyamuk dikumpul dan dimusnahkan

Tiada ulasan: